Assalamulaikum kaki bola...
Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya.Rasa sekejap sahaja tahun 2012 telah berlalu dan kini telah masuk tahun baru dan marilah kita bersama-sama dengan azam yang baru mulakan tahun baru ini dengan azam dan matlamat yang baru ( macam mana ada gaya jadi motivator tak kehkehkeh).Dengan masuknya tahun baru ini,jendela perpindahan bulan Januari turut makin hampir dan ketika ini lah pengurus pasukan masing-masing sibuk mengemaskini dan mengenalpasti kelemahan pasukan masing-masing untuk dimantapkan ketika jendela perpindahan akan tiba nanti.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang seorang bintang Chelsea yang kini di hujung kontraknya (pemain kegemaran saya ney).Siapakah pemain tersebut?
Macam mana? kenal ke tak? beliau merupakan pertahanan kiri pasukan Chelsea tidak lain tidak bukan Ashley Cole
Ashley Cole sedang bekira-kira untuk keluar dari Chelsea selepas hanya ditawarkan perjanjian satu tahun untuk kekal di kelab itu.Pertahanan kiri itu sedang berada dalam tahun terakhir kontraknya dan boleh menyertai kelab lain pada Januari secara percuma.Satu sumber dalaman kelab memberitahu pemilik Chelsea,Roman Abramovich telah membuat peraturan baru iaitu sesiapa yang berumur melebihi 30 tahun hanya akan diberi setahun kontrak lanjutan namun kes ini amat tidak logik bagi Ashley Cole kerana semua orant tahu bahawa Ashley Cole merupakan bek kiri terbaik dunia dan tiada kelab yang tidak mahukan Ashley Cole secara percuma.Ketika ini, kelab jutawan dari Perancis,PSG sudah berkira-kira untuk menyambar Cole namun sehingga sekarang isu kontrak beliau masih belum di ulas Chelsea.
Cole,31,meninggalkan Arsenal pada 2006 secara kontrevasi apabila Gunners hanya menawarkan kontrak 55,000 pound seminggu dan kini Cole berdepan satu lagi perbalahan mengenai kontraknya.Pengurus Real Madrid,Jose Mourinho sangat meminati bekas pemainnya itu dan jika Cole dilepaskan Januari ini,Zenit St Petersburg dan PSG sudah bersiap sedia untuk menawarkan kontrak lumayan kepada beliau.Ashley Cole telah menjadi lagenda di Stamford Bridge dan beliau amat terkenal dengan kepantasan serta kelincahannya kertika bertahan malah Cole sering membantu barisan hadapan dengan larian derasnya dan ini sering memberi masalah kepada barisan pertahanan lawan.
Selain itu,terdapat bukti tambahan bahawa beliau akan meninggalkan Chelsea apabila penggantinya,Ryan Bertrand baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan 5 tahun bersama Chelsea.Bertrand yang berumur 23 menjadi pemain pertama Chelsea yang membuat debut tunggal ketika aksi Liga Juara-juara di final pada bulan Mei tahun lepas dan beliau telah dipanggil untuk mewakili England buat kali pertama ketika menentang Itali pada Ogos tahun lepas.
Walaupun Cole telah mendapat tempat di hati peminat Chelsea dan sering memberi sumbangan kepada Chelsea namun pihak kelab masih berdiam diri mengenai isu kontraknya malah pemain yang telah menjadi lagenda di Chelsea,Frank Lampard turut mendapat nasib yang sama seperti Ashley Cole
Jadi pada pendapat kaki bola,adakah seorang yang telah banyak memberi jasi dipulaukan begitu sahaja? Saya sebagai peminat setia Chelsea agak kecewa dengan pendirian kelab mengenai isu ini namun inilah bola sepak.isu perpindahan pemain merupakan isu biasa jadi teruskan membaca di page ini dan saya akan terus memberi kan info tentang dunia bola sepak kepada anda.Stau tuned.
Adios..amigoss :3

No comments:
Post a Comment