Monday, 31 December 2012

Mana Taring The Kop ??!

Assalamualaikum kaki bola....


  Nampaknya tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya dan tahun 2013 bakal bermula.Nampaknya banyak kaki bola yang sudah menetapkan azam baru malah azam tahun lepas yang masih belum tertunai turut dibawa ke tahun 2013 untuk dilunaskan.Saya harap azam semua kaki bola dapat capai azam masing-masing.Pada post kali ini bukanlah saya nak memberi motivasi atau kata-kata semangat malah blog saya masih di landasan yang benar iaitu menceritakan tentang dunia bola sepak antarabangsa.Jadi walaupun tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya namun Liga Perdana Inggeris (EPL) masih berjalan seperti biasa malah semakin rancak dalam perebutan takhta liga.




   Seperti yang dijanjikan, pada entry kali ini saya ingin menceritakan tentang bekas pasukan Big Four yang telah hilang taringnya malah nama,pencapain,piala yang dikecapi Liverpool seolah-olah hanya tinggal sejarah.Jadi mari bersama-sama saya kita lihat era kejatuhan Liverpool.


  • 2008/2009
-Menduduki tempat kedua liga
-Menang(25),Seri(11),Kalah(2)
-Prestasi di Anfield-Menang(12),Seri(7),Kalah(0)
-Prestasi di tempat lawan-Menang(13),Seri(4),Kalah(2)

Musim yang dikatakan bermulanya era kejatuhan Liverpool.Dengan menjaringkan 77 gol dan bolos 27 gol telah meletakkan Liverpool di tangga kedua liga malah Liverpool turut disingkirkan Chelsea di suku akhir Liga Juara-juara.Musim tanpa trofi di Anfield walaupun menyaksikan Steven Gerrard muncul penjaring terbanyak kelab dengan 16 gol di liga


  • 2009/2010

-Menduduki tempat ketujuh liga
-Menang(18),Seri(9),Kalah(11)
-Prestasi di Anfield-Menang(13),Seri(3),Kalah(3)
-Prestasi di laman lawan-Menang(5),Seri(3),Kalah(11)

Jumlah jaringan dan kemenangan yang merosot telah menjadi satu faktor Liverpool gagal menamatkan liga di posisi 4 teratas.Dengan hanya menjaringkan 61 gol di liga di mana 18 daripadanya di sumbangkan Fernando Torres tidak mampu membantu Liverpool untuk menamtkan liga di tempat yang lebih tinggi malah The Kop turut gagal melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-juara dan tewas di separuh akhir Liga Europa.


  • 2010/2011
-Menduduki tempat keenam liga
-Menang(12),Seri(7),Kalah(14)
-Prestasi di Anfield-Menang(12),Seri(4),Kalah(3)
-Prestasi di laman lawan-Menang(5),Seri(3),Kalah(11)

Satu lagi musim yang buruk kepada Liverpool,dengan kemasukan pengurus baru Roy Hodgson pada 1 Julai 2010 ketika liga baru bermula bagi menggantikan Rafa Benitez yang dipecat namun Roy Hodgson turut gagal membawa kejayaan di Anfield sebelum dipecat pada  Januari 2011.Bekas pemain yang menjadi lagenda di Anfield,Kenny Dalgish dilantik sebagai pengurus untuk baki musim.Peningkatan bolos 9 gol di tempat lawan amat mengecewakan apabila mereka hanya mampu menang 5 kali di laman lawan.Malah mereka turut gagal mengekalkakn rekod tanpa kalah di Anfield seperti yang mereka lakukan pada musim 2008/2009.Selain itu pada musim ini turut berlakunya penjualan Fernando Torres kepada Chelsea sebanyak 50 juta Euro dan kemasukan Luiz Suarez dan Andy Carroll pada perpindahan bulan Januari.



  • 2011/2012
-Menduduki tempat kelapan liga
-Menang(14),Seri(10),Kalah(14)
-Prestasi di Anfield-Menang(6),Seri(9),Kalah(4)
-Prestasi di laman lawan-Menang(8),Seri(1),Kalah(10)

Sepanjang berlangsungnya liga,The Reds hanya mampu menjaringkan 47 gol, dibandingkan dengan Manchester City yang memenangi liga menerusi 93 jaringan gol.Dengan angka yang merosot setiap musim,banyak yang perlu dibuktikan Liverpool pada musim ini.Kejayaan Piala Carling tidak dapat menjadi penawar kepada musim yang mengecewakan.Bukan sahaja mereka hanya menduduki tangga kelapan liga malah mereka turur tidak mengambil sebarang bahagian dalam kejohonan Eropah.



  • 2012/2013
Dengan liga yang masih berlangsung separuh jalan, Liverpool berada di tangga ke-9 liga.Dengan rekod kemenangan yang tidak menentu menjadi salah satu faktor yang mendorong kedudukan Liverpool sekrang.Rekod 6 perlawanan terakhir menunjukkan Liverpool menang 4 dan kalah 2 perlawanan.Dengan tugas menjaringkan gol dan mengemudi bahagian hadapan digalas suarez seorang menjadi salah satu faktor Liverpool kurang menjaringkan gol selain faktor Pepe Reina yang terlalu selesa sebagai penjaga gol utama kelab di mana beliau sering melepaskan gol-gol penting.Kemasukan pengurus baru,Brendan Rodgers diharap dapat mengembalikan era emas Liverpool.


 Macam mana? adakah entry saya kali ini cukup memuaskan anda? jika ada pertambahan ataupun kesalahan fakta boleh la kita sama-sama berkongsi di laman komen di bawah.di samping itu di kesempatan ini saya turut ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua blogger dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat blog ini dan saya akan menaik taraf serta memuaskan dari segi penulisan dari masa ke semasa.Stay tuned di pages ini

Adios..amigoss.. :3





Sunday, 30 December 2012

Bedilan The Gunners!!

Assalamualikum kaki bola....


Moshi-moshi..Pekabo anda semua..Sihatkah? Tengok bola semalam? Big Team sume menang semalam tau.Ok pada entry kali ini tampa membebel panjang saya nak ceritakan tentang salah satu team dalam kalangan Big Fout tersebut.Team apakah?


  Jadi entry saya kali ini khas untuk semua peminat The Gunners.Ya, Arsenal.Apa yang speselnye Arsenal ney? Arsenal merupakan salah sebuah team dari London dan merupakan sebuah pasukan yang mempunyai peminat yang ramai dari seluruh pelusuk dunia tetapi pada kali ini bukanlah saya nak menceritakan tentang sejarah kelab ini mahupun menceritakan tentang pemain pemain dalam kelab ini.Mungkin pada edisi yang akan datang saya akan buat edisi khas untik arsenal di mana saya akan menceritakan tentang sejarah dan fakta menarik mengenai Arsenal.Jadi tanpa membuang masa saya teruskan kepada matlamat entry kali ini di mana pada post kali ini saya ingin mengupas tentang isu 'Ketumpulan barisan hadapan Arsenal selepas perginya Robin Ven Persie'.

  Seperti yang kita sedia maklum,Robin Van Persie (RVP) telah berpindah meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lepas di mana beliau kini telah menyarung jersi pasukan The Red Devils.Jadi selepas pemergian RVP peminat Arsenal mulai gusar mengenai barisan hadapan pasukan Arsenal kerana umum mengetahui ketajaman RVP di depan gawang dan ini telah dibuktikan dengan 20 jaringan RVP kepada Arsenal pada musim lepas dan ketika RVP mengumumkan ingin keluar dari Arsenal semua peminat Arsenal seakan akan tidak percaya pemain yang berumur 27 tahun tersebut sanggup meniggalkan Arsenal malah telah setuju untuk menyertai musuh mereka Manchester United.

  Pengurus Arsenal, Arsene Wenger turut menyuarakan kekecewaan beliau kerana tidak dapat mengekalkan RVP dan masalah kini adakah Arsene Wenger telah jumpa pengganti yang sesuai uintuk menggantikan ketajaman RVP di depan gawang gol pihak lawan.Jawapannya ya! Selepas berbelanja sakan pada jendela musim lepas dengan memasukkan tiga pemain baridan hadapan, Wenger berharap mereka mampu menemui gandingan yang sempurna untuk menggantikan RVP.Dua perlawan awal liga ketika di awal musim mendatangkan gusar dalam kalangan peminat Arsenal di mana Arsenal seri kedua dua perlawanan tersebiut dan ini menunjukkan ketumpulan barisan hadapan Arsenal.

  Namun kini isu penyudah Arsenal seolah olah telah lupus dari minda peminat Arsenal. Kenapa? Ini kerana setelah seri dengan Everton dan tewas kepada Swansea pada perlawana liga awal bulan Dismember lepas,pemain-pemain Arsenal seolah olah mengamuk di mana telah meneruskan rentetan kemenagan kepada 4 kali berturut-turut.Pemain lincah Arsenal yang baru ditandatangani dengan harga 16.5juta euro dari Malaga,Santa Cazorla menunjukkan ketajaman dan kelincahannya di barisan hadapan malah Lukas Podolski menunjukkan ketajamannya dengan jaringan gol yang membantu kemenangan Arsenal serta pemain yang hangat dengan isu lanjutan kontraknya,Theo Walcott seolah-olah langsung tidak dipengarihi dengan isu tersebut malah menjaringakan hatrik semalam ketika Arsenal membenam Newcastle United 7-3.


  Dengan kemasukan Oliver Giroud,Lukas Podolski,Santi Cazorla, Skuad The Gunners merupakan skuad yang mempunyai barisan hadapan yang sangat utuh malah skuad Arsenal turut di bantu dengan pemain muda mereka yang lincah seperti Walcott.Wishere dan Alex Oxlade-Chamberlaine yang sering mengkucarkacirkan barisan pertahanan pihak lawan dengan kepantasan serta hantaran mereka yang pantas dan tepat.Di harap penyokong Arsenal terus menyokong skuad The Gunners malah isu barisan penyerang kini telah selesai

  Dah habis baca dah? Arsenal ney sebenarnya pasukan yang kuat kan? lepas ney saya nak cerita pasal Liverpool pulak.Ada peminat Liverpool tak kat sini ? jadi tunggu post saya lepas ini ya! stay tuned.

adios..amigoss :3


Friday, 28 December 2012

Manusia Berdarah Biru - John Terry

Assalamualaikum kaki bola...


   Haaaa mesti sume terkezzuuttt kan dengar tajuk ney.Manusia Berdarah Biru..apakah? haha jangan wat muke terkejut beruk yeee.Nanti saya akan ceritakan kenapa beliau ini digelar berdarah biru dan saya nak cerita tentang beliau ini kenapakah? ( haha pehal macam pelik jee bunyi ayat aku ney) sebab nye kerana si John Terry ini merupakan pemain kesukaan Miss Ironlady ( sentap kejappp.Ingat ke die suke aku sorang jee).
  Pada kali ini saya bukanlah nak bercerita tentang isu perpindahan John Terry ataupun kontroversi yang menyelubungi pemain ini tetapi ingin berkongsi dengan anda profil permain ini.Sebelum saya mula mengarut moh la kite mula mengenali tentang pemain ini.Mula-mula saya nak tulis dalam bentuk essay tapi setelah saya bertapa saya rasa mungkin anda akan bosan jadi saya merasakan lebih afdal jika kali ini saya buat dalam bentuk point form ok?



Nama Penuh  : John George Terry
Tarikh Lahir   : 07/12/1980
Tempat Lahir : Baking, Timur England
Age               : 32 tahun
Tinggi            : 1.87m
Berat             : 90.2 kg
Posisi            : Pertahanan Tengah
Kelab            : Chelsea
No. Jersi       : 26

 Info menarik tentang John Terry


  • Sepanjang 378 penampilan untuk Chelsea, beliau telah mengumpul 30 gol,61 kad kuning dan 4 kad merah
  • Digelar manusia berdarah biru kerana beliau satu-satunya pemain kelahiran akademi Chelsea yang masih bermain untuk Chelsea hingga ke hari ini
  • Bermain untuk akademi Chelsea ketika beliau berumur 14 tahun
  • Beliau sebenarnya bermula sebagai pemain tengah sebelum ditukar secara alternatif kepada pemain pertahanan ketika beliau di akademi Chelsea
  • Dipinjamkan ke Notthingham Forest sebelum memulakan debutnya untuk Chelsea pada 01/07/1999
  • Pada tahun kedua penampilannya untuk Chelsea beliau telah berjaya mendapat Anugerah Pemain Tahunan Chelsea
  • Beliau ada menyimpan pad pelindung betis yang dipakainya sejak berumur 14 tahun yang dianggap bertuah baginya namun pad itu telah hilang
  • John Terry masih lagi menyimpan t-shirt yang dipakai ketika Chelsea kalah kepada penentuan penalti ketika bertemu Manchester United di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dan t-shirt itu telah disimpan di kabinet berasingan di bilik pingatnya.

  Sebenarnya bnyak lagi benda yang ingin kongsikan bersama anda info menarik mengenai John Terry ney tetapi saya takut anda semua bosan jadi jika anda ingin lebih mengetahui tentang beliau ini komen sahaja dan saya akan cerita lagi.Banyak lagi info menarik tentang beliau yang kita masih belum tahu.

  Jadi macam mane? Dah habis baca da? Pada entry kali ini lebih santai yelaa liga sedang berhenti rehat ney.Nanti saya akan update dari masa ke semasa mengenai perpindahan pemain ketika  jendela perpindahan musim sejuk ini.Stay tuned di page ini dan banyak info yang akan anda ketahui

adioss...amigos :3

Monday, 24 December 2012

Radamel Falcoa- Segarang Singa

Assalamualaikum kaki bola..


  Pekabo semua? sihat? dah lame saye tak muncul..saye ade idea nk update cume malas yang menghantui diri ini.Semalam sape tgok bola? yee game last semalam sebelum liga berhenti rehat cuti Krismas telah diakhiri dengan kemenangan bergaya Chelsea membenam Aston Villa 8-0. Pada entry saya kali ini bukanlah untuk mengulas perlawanan tersebut tetapi untuk berkongsi dengan anda semua tentang penyerang yang dikhabarkan bakal disambar Chelsea dengan rekod pembelian kelab.siapa agak nya? yaaa tidak lain tidak bukan penyerang Atletico Madrid Falcoa



 Pemain kelahiran Colombia ini bukan baru dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea malah sebelum Robetto di Matteo memegang jawatan pengurus Chelsea lagi.Ketika itu Chelsea menyambar pengurus muda yang membawa FC Porto menjulang piala Liga Eropah yakni Andre Villa Boas dan ketika itu penyerang FC Porto tidak lain tidak bukan ialah si Falcoa ini tetapi entah mengapa persetujuan tidak dicapai malah pemilak Chelsea percaya yang penyerang mereka ketika itu Torres bakal menemui semula sentuhanya di bawah AVB namun semua nya tidak berjalan seperti yang dijangka malah prestasi Chelsea menurun secara merudum dan ini menyebabkan AVB di pecat dan jawatan kerusi panas itu diisi oleh pembabtu jurulatih Chelsea RBM yang berjaya membawa Chelsea ke final Liga Juara-Juara Eropah malah menjulang piala yang paling berprestij itu hasil sumbangan besar bekas penyerang berpengaruh Chelsea,Didier Drogba.Selepas keluarnya Drogba dari Chelsea,para pemerhati bolasepak dan peminat-peminat Chelsea gusar sama ada kekosongan Drogba mampu digalas Torres dan dengan perbelanjaan musim panas secara besar-besaran dengan membawa masuk pemain tengah yang kreatif dan muda,Roman masih menaruh harapan kepada Torres untuk menemui semula bisanya dan tidak mengemukakan tawaran untuk Falcoa

Namun ketika pertembungan Chelsea dan Atletico Madrid di mana Facloa telah menjaringkan 4 gol untuk membenam Chelsea telah menghangatkan kembali cerita bahawa Roman akan berbelanja besar-besaran untuk membawa masuk penyerang A.Madrid ini ke Chelsea pada jendela perpindahan musim sejuk ini.Penyerang yang telah menjaringkan 17 gol daripada 16 perlawanan A.Madrid ini telah dikaitakan dengan Chelsea di mana Chelsea dikatakan sanggup membayar 50juta pound untuk A.Madrid bagi mereka melepaskan penyerang mereka tersebut.Falcoa yang berketingian 176cm merupakan pemain penyerang yang lincah dan berbadan sasa dan ini sering menyukarkan pemain pertahan lawan untuk menyekat beliau di atas padang mahupun udara.Penyerang berkaki kanan ini mampu melepaskan rembatan padu dan ciri-ciri ini diperlukan Chelsea bagi mengantikan penyerang legenda mereka Didier Drogba.


Jadi adakah Falcoa akan berpindah ke Chelsea pada musim sejuk ini? Ataupun adakah Chelsea masih percaya kepada penyerang mereka Torres yang seakan akan mendapat suntikan di bawah pengurus baru Chesea Rafael Benitez? Kita sama-sama tunggu dan lihat.

Dah habis bace ke belom? dah habis da? nak lagi? kena laa tuggu pada entry saya yang seterusnya ya Anda nak ketahui perkembangan perpindahan pemain sepanjang musim sejuk ini? ok stay ngan page ini dan saya akan meng'update' dari masa ke semasa ok!

berjumpa lagiii adiosss...amigoss :3

Thursday, 20 December 2012

Si Lincah Theo Walcott

Assalamualaikum semua kaki bola...

Kite berjumpa lagi di blog saya hehe..ok seperti yang dijanjikan..saya akan  menceritakan tentang pemain terhangat Arsenal ketika ini yakni Theo Walcott..post saye sebelum ney mengenai jendela perpindahan macam mane? anda paham? kalau anda nak tahu dengan lebih mendalam..komen jee..saya akan try sedaya upaya untuk menceritakan dengan lebih mendalam ok :) hehe baek jugak aku ney..

Ok tanpa membuang masa..seperti yang dijanjikan..pemain yang akan kita bincangkan pada kali ini ialah Theo Walcott

  Sebelum itu meh sini saya ceritakan serba sedikit tentang pemain ini..Theo Walcott ataupun nama penuhnya 
Theo James Walcott dilahirkan di London pada 16.03.1989(umur die korang kire seniri la ek hehe ) memulakan karier nye di kelab England, Souphamton sebelum disambar The Gunners pada 20.01.2006.Pemain berkaki  kanan ini boleh bermain di posisi sayap kiri dan kanan serta mampu menjadi penyerang tengah.Berketinggian 175m menjadikan beliau seorang pemain sayap yang fleksibel dalam kawalan bola serta mampu mengawal bola dengan kemas.Pemain pertahanan yang berhadapan dengan beliau sering kali berhadapan dengan masalah dalam mengatasi kepantasannya walaupun beliau bersusuk fizikal agak kecil. Pemain ini pertama kali mewakili England ketika mengangotai skuad England bawah 16 dan menjaringkan gol pertama nya ketika mewakili skuad England bawah 21.

  Anda nak tahu lebih lanjut pasal Theo Walcott? hehe dah la too sikit2..sebab saya nak cerita pasal isu perpindahan dia,,nanti di lain entry saya akan menceritakan dengan lebih lanjut mengenai profile beliau okeng?

  Pemain ini dianggarkan bernilai 16juta pound dan bakal tamat kontraknya dengan Arsenal pada 30.06.2013 iaitu pada jendela perpindahan musi panas depan..yang menjadi isu nya ialah Theo Walcott masih belum menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal. Media menguar-uarkan isu tuntutan gaji merupakan faktor Walcott masih belum menandatangani kontrak bersama Arsenal.Ini telah menarik minat dari banyak kelab untuk menyambar beliau dari Arsenal.(yalaa pemain yang teror mcm dia sapa taknak..kalau Offer kt Kedah pon kedah nak)..Pemain ini yang menjaringkan kan 1 gol ketika Arsenal menewaskan Reading 5-2 dikatakan tidak setuju dengan terma gaji sedia ada.Ini telah menarik minat kelab-kelab yang berpoket tebal seperti Chelsea dan Man. City intuk mendapatkan beliau. Arsene Wenger dalam proses memujuk beliau untuk menandatangani kontrak lanjutan dengan Arsenal kerana jika beliau tidak tandatangani kontrak tersebut Arsene Wenger terpaksa menjual nya kepada kelab lain sebelum kontrak nya tamat tahun hadapan. Theo Walcott telah menarik minat banyak kelab malah dikatakan kelab juara Itali,Juventus turut berminat untuk mendapatakan beliau serta kelab kaya Man City yang memang meminati keupayaan Theo Walcott yang pernah berpasangan dengan pemain sayap mereka Samir Nasri.

  Kelab London utara, Chelsea dilaporkan sedia menawarkan gaji yang dituntut Walcott dan ini telah menambahkan rungsing si Arsene Wenger.Adakah Arsenal bakal terlepas seorang lagi bintang kepada jiran liga selepas menjual Persie ke Man.United? Sehingga saat ini perbincangan masih dijalankan dan peminat- peminat Arsenal menggesa beliau menandatangani kontrak tersebut.

  Heheh anda rasa macam mana? si Walcott ney nak sign ke tak kontrak haaa? kepada peminat Arsenal bawak2 laa besabar yee mintak2 die sugn..aku lak peminat Chelsea hehe kalau die sign ngan Chelsea bagos gak ney hehe teror mamat ney..

  Jadi itu sahajalah coretan pada kali ini dan kita akan berjumpa lagi pada entry yang akan datang..nak tawu siapa pulak yang sedang hangat diperkatakan akan berpindah musim sejuk ini? tunggu entry saya yang akan datang yaaa :) have a nice day :)

adios..amigos :3

Wednesday, 19 December 2012

JENDELA PERPINDAHAN MUSIM SEJUK

ASSALAMUALAIKUM.



PRIIITTTT! KAD KUNING UNTUK ANDA! YA ANDA DI SANA..KENAPA? ERKKK HAAA SEBAB ANDA TELAH VIEW BLOG INI TANPA MENINGALKAN PESANAN..ALAA RINGAN RINGANKAN LAA TANGAN TOO UNTUK MENAIP SEDIKIT KOMEN AGAR SAYA DAPAT MENAMBAH BAIK BLOG NEY..( perhhh ayat aku skema)



 Ok seperti yang dijanjikan pada post kali ini aku akan mula mengupas isu bola sepak dan pada entry kali ini aku akan mulakan dengan bola sepak antarabangsa kerana sekarang di sana sedang hangat mengenai isu perpindahan pemain.Anda tidak percaya? yee saya tak mebongak mahupun menipu anda..


Ketika ini pengurus pasukan masing2 sudah mula membuka dompet,kad kredit, buku cek dan lain -lain untuk menandatangani pemain baru mengahadapi liga yang masih berbaki setengah musim lagi..Kenapa sekarang baru mereka kalut nak wat semua ney? huuhhh! Chillexx jangan nak emo..nk emo pg jaoh okeng! 

Ok downg mula kalut kerana pada cuti krismas ini jendela perpindahan musim sejuk akan dibukak dan tiap2 pasukan mula mencari pemain baru untuk dibeli.Seperti sedia maklum liga terhangat dan termantop yakni Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan liga tumpuan setiap kali jendela perpindahan ini berlangsung. Ketika jendela perpindahan musim lepas pasukan di EPL telah berbenlaja secara keseruluhan sebanyak 490 juta pound!! FUYYOOO! banyak toooo..

Pemain seperti Eden Hazard,Robin Ven Persie,Santa Cazorla merupakan nama besar yang berpindah pada musim panas lepas. Jadi berapakah kelab-kelab di EPL akan berbelanja?
(dari downg berbelanja baek belanja aku sejuta boleh gak aku beli lamborgini hihihi)

Kembali kepada isu jendela perpindahan..walaupun jendela perpindahan atau lebih dikenali 'Transfer Window' ini lebih hangat ketika cuti musim panas namum jendela musim sejuk ini tidak boleh dipandang remeh kerana kelab-kelab yang berbelanja besar seperti Chelsea dan Manchester City sering menjadikan jendela perpindahan ini sebagai platform bagi menajamkan lagi skuad mereka bagi menghadapi liga yang akan berlangsung selepas cuti Krismas ini.


Antara nama-nama besar pemain yang sering disebut-sebut ketika jendela perpindahan ini ialah Falcoa (Atletica Madrid),Theo Walcott (Arsenal),Gareth Bale ( Tottenham), Demba Ba ( Newcastle United ) dan banyak lagi pemain yang bakal menjadi sasaran kelab lain.

Kelab yang dikatakan bakal berbelanja besar pada kali ini ialah Chelsea yang dikhabarkan untuk mendapatkan Radamel Falcao dari kelab La Liga Atletico Madrid dengan yuran perpindahan digembar gembur kan melebihi 50juta Euro ( wahhh banyak sungguh duit Roman neyy)


Chelsea yang baru sahaja memecat pengurus nya Roberto di Matteo telah melantik pengurus sementara Rafael Benitez untuk mengendali skuad The Blues baki meneruskan saingan liga.Kehadiran Rafael diharap dapat mengembalikan sentuhan penyerang tumpul mereka Fernando Torres yang di beri jolokan 'El Nino' di mana beliau pernah bekerjasam dengan Torres ketika beliau mengendalikan Liverpool dahulu.

Dengan kehadiran Falcoa ini Roman berharap isu penyerang tidak lagi dipersoal oleh penyokong Chelsea dan diharap Torres dan mengembalikan bisanya. Ketika perpindahan musim panas lepas Chelsea mengungguli pembelian termahal dengan berberlanja besar bagi mendapatkan Eden Hazard dari Lille dengan yuran perpindahan 32juta pound serta Oscar dari Internacional (25 juta pound).

Jadi adakah Chelsea bakal mengulangi rekod tersebut?
Kena tengok la jendela perpindahan nanti.

 Konklusinya, setiap kali jendela perpindahan berlaku. Debaran pasti berlaku dan akan berlaku dua situasi dimana pengurus ingin mebeli dan pasukan bertahan dari pemainnya dibeli.



Pada entry akan datang saya akan menceritakan tentang pemain-pemain yang hangat diburu ketika jendela perpindahan musim sejuk ini...


Siapakah orangnya?
Nak tawu keee?
Tengok laa gambar di bawah ini.










Haaa inilah si mamat yang dikatakan itu... Banyak kelab nak beli dia ney. Nak tawu dia nak pindah ke tak? Nak tawu Arsenal dah taknak dye ney kee? Teror sangat ke mamat neyy?  

Jadi stay tuned dan bersua pada entry akan datang yaaaa :3


ADIOS..AMIGOS :3



Tuesday, 18 December 2012

SALAM PERKENALAN DARI AKU- KAKI BOLA

ASSALAMUALAIKUM..SALAM PERKENALAN..



  •    HARI INI TANGGAL 19 DISEMBER BUKAN TANGGAL BAJU DAN SELUAR YEE  TELAH MENJADI TARIKH YANG AGAK BERSEJARAH KERANA PADA HARI INI SECARA RASMINYA SAYA MULA BELAJAR MEMBUAT BLOG :3 ..SAYA TIDAK PASTI ADAKAH BLOG SAYA MAMPU MENARIK MINAT ANDA SEMUA (ADA AKU KISAH KAHKAHKAH) TAPI YANG PENTINGNYA AKU MEMBUAT MENATANG INI ADALAH UNTUK BERKONGSI TENTANG DUNIA BOLA SEPAK YAKNI SUKAN NO.1 DI DUNIA INI. AKU SAJE NK SERONOK-SERONOK WAT BLOG NEY PASAL AKU TENGOK SORANG BUDAK NEY (NAME TERPAKSE DIRAHSIAKAN KANG DIE MARAH LAK ) takot bini jgak aku ney  .... OK SAMBONG BALIK..AKU TGOK SI DIA NEY LAYAN JEE WAT BLOG DAN ASIK MEMbusyKAN DIRI DENGAN BLOG SEHINGGAKAN MAKAN PAKAI AKU TERABAI <----- (ayat ini di pinjam dari slot samarinda tv3) JADI AKU TGOK CM BEST JEE DYE LAYAN SO AKU TRY LAA NAK WAT BLOG NEY

  •    AKU TAKDELAH BERMINAT NK CITE PASAL DIRI AKU NEY PASAL AKU RASE AKU TAKDELAH BEST MANE NK SHARE NGAN KORANG CUME AKU IRAS2 LAA SI ASHLEY COLE TOO HAHAH ( ok perasan kejap ek ) JADI SETELAH BERTAPA SELAMA DUA MINIT DI ATAS KATIL AKU PON MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK BERCERITA TENTANG DUNIA BOLA SEPAK YANG MENJADI KEGEMARAN AKU SEJAK AKU DALAM PANGKAL RAHIM LAGI ( KEH KEH KEH nampak sgt membongak nye)
  •   JADI DARI AKU TERUS MEREPEK DAN MERAPU ENTAH PAPE DAN AKU PON TAK PASTI ADE KE ORANG NK BACE BLOG AKU NEY HAHAHA JADI AKU TELAH SECARA RASMI MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI SALAH SEORANG AHLI BLOGGER CHEEWWAHH!

  •   TAPI HARI INI AKU TAKDELAH AKU POST PASAL BOLA LAGI..ENTRY SELEPAS INI AKU CERITAKAN PASAL DUNIA BOLA SEPAK YEE..PROMISE!..CUME SATU JE AKU DAPAT JANJI..YAKNI KORANG AKAN RASE BLOG SUKAN AKU NEY AKAN LAIN DARI BLOG SUKAN YANG LAIN..KORANG TAK CAYE? BETOL TAK CAYE? OK KORANG TUNGGU LAA SENIRI YEE..

  •   SEBELOM AKU MULE MENGEpost ETRY2 YG LAIN AKU NAK MINTAK MAAF LA KALAU ENTRY AKU SELEPAS NEY ADE MENYENTUH HATI KORANG YEEE..AMPUNNN..AKU TAK DE NIAT PON DAN SESUNGUHNYA POST2 AKU ADALAH HASIL NUKILAN AKU SENDIRI DI MANA ABIS BEPELUH SATU BADAN UNTUK MEMIKIRKAN ENTRY TERSEBUT..
 JADI SUDI2 LA MELAWAT BLOG AKU YEEE

ADIOS..... AMIGOS.. :3