Assalamualaikum kaki bola..
Pekabo semua? sihat? dah lame saye tak muncul..saye ade idea nk update cume malas yang menghantui diri ini.Semalam sape tgok bola? yee game last semalam sebelum liga berhenti rehat cuti Krismas telah diakhiri dengan kemenangan bergaya Chelsea membenam Aston Villa 8-0. Pada entry saya kali ini bukanlah untuk mengulas perlawanan tersebut tetapi untuk berkongsi dengan anda semua tentang penyerang yang dikhabarkan bakal disambar Chelsea dengan rekod pembelian kelab.siapa agak nya? yaaa tidak lain tidak bukan penyerang Atletico Madrid Falcoa
Pemain kelahiran Colombia ini bukan baru dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea malah sebelum Robetto di Matteo memegang jawatan pengurus Chelsea lagi.Ketika itu Chelsea menyambar pengurus muda yang membawa FC Porto menjulang piala Liga Eropah yakni Andre Villa Boas dan ketika itu penyerang FC Porto tidak lain tidak bukan ialah si Falcoa ini tetapi entah mengapa persetujuan tidak dicapai malah pemilak Chelsea percaya yang penyerang mereka ketika itu Torres bakal menemui semula sentuhanya di bawah AVB namun semua nya tidak berjalan seperti yang dijangka malah prestasi Chelsea menurun secara merudum dan ini menyebabkan AVB di pecat dan jawatan kerusi panas itu diisi oleh pembabtu jurulatih Chelsea RBM yang berjaya membawa Chelsea ke final Liga Juara-Juara Eropah malah menjulang piala yang paling berprestij itu hasil sumbangan besar bekas penyerang berpengaruh Chelsea,Didier Drogba.Selepas keluarnya Drogba dari Chelsea,para pemerhati bolasepak dan peminat-peminat Chelsea gusar sama ada kekosongan Drogba mampu digalas Torres dan dengan perbelanjaan musim panas secara besar-besaran dengan membawa masuk pemain tengah yang kreatif dan muda,Roman masih menaruh harapan kepada Torres untuk menemui semula bisanya dan tidak mengemukakan tawaran untuk Falcoa
Namun ketika pertembungan Chelsea dan Atletico Madrid di mana Facloa telah menjaringkan 4 gol untuk membenam Chelsea telah menghangatkan kembali cerita bahawa Roman akan berbelanja besar-besaran untuk membawa masuk penyerang A.Madrid ini ke Chelsea pada jendela perpindahan musim sejuk ini.Penyerang yang telah menjaringkan 17 gol daripada 16 perlawanan A.Madrid ini telah dikaitakan dengan Chelsea di mana Chelsea dikatakan sanggup membayar 50juta pound untuk A.Madrid bagi mereka melepaskan penyerang mereka tersebut.Falcoa yang berketingian 176cm merupakan pemain penyerang yang lincah dan berbadan sasa dan ini sering menyukarkan pemain pertahan lawan untuk menyekat beliau di atas padang mahupun udara.Penyerang berkaki kanan ini mampu melepaskan rembatan padu dan ciri-ciri ini diperlukan Chelsea bagi mengantikan penyerang legenda mereka Didier Drogba.
Jadi adakah Falcoa akan berpindah ke Chelsea pada musim sejuk ini? Ataupun adakah Chelsea masih percaya kepada penyerang mereka Torres yang seakan akan mendapat suntikan di bawah pengurus baru Chesea Rafael Benitez? Kita sama-sama tunggu dan lihat.
Dah habis bace ke belom? dah habis da? nak lagi? kena laa tuggu pada entry saya yang seterusnya ya Anda nak ketahui perkembangan perpindahan pemain sepanjang musim sejuk ini? ok stay ngan page ini dan saya akan meng'update' dari masa ke semasa ok!
berjumpa lagiii adiosss...amigoss :3

No comments:
Post a Comment