Haaaa mesti sume terkezzuuttt kan dengar tajuk ney.Manusia Berdarah Biru..apakah? haha jangan wat muke terkejut beruk yeee.Nanti saya akan ceritakan kenapa beliau ini digelar berdarah biru dan saya nak cerita tentang beliau ini kenapakah? ( haha pehal macam pelik jee bunyi ayat aku ney) sebab nye kerana si John Terry ini merupakan pemain kesukaan Miss Ironlady ( sentap kejappp.Ingat ke die suke aku sorang jee).
Pada kali ini saya bukanlah nak bercerita tentang isu perpindahan John Terry ataupun kontroversi yang menyelubungi pemain ini tetapi ingin berkongsi dengan anda profil permain ini.Sebelum saya mula mengarut moh la kite mula mengenali tentang pemain ini.Mula-mula saya nak tulis dalam bentuk essay tapi setelah saya bertapa saya rasa mungkin anda akan bosan jadi saya merasakan lebih afdal jika kali ini saya buat dalam bentuk point form ok?
Nama Penuh : John George Terry
Tarikh Lahir : 07/12/1980
Tempat Lahir : Baking, Timur England
Age : 32 tahun
Tinggi : 1.87m
Berat : 90.2 kg
Posisi : Pertahanan Tengah
Kelab : Chelsea
No. Jersi : 26
Info menarik tentang John Terry
- Sepanjang 378 penampilan untuk Chelsea, beliau telah mengumpul 30 gol,61 kad kuning dan 4 kad merah
- Digelar manusia berdarah biru kerana beliau satu-satunya pemain kelahiran akademi Chelsea yang masih bermain untuk Chelsea hingga ke hari ini
- Bermain untuk akademi Chelsea ketika beliau berumur 14 tahun
- Beliau sebenarnya bermula sebagai pemain tengah sebelum ditukar secara alternatif kepada pemain pertahanan ketika beliau di akademi Chelsea
- Dipinjamkan ke Notthingham Forest sebelum memulakan debutnya untuk Chelsea pada 01/07/1999
- Pada tahun kedua penampilannya untuk Chelsea beliau telah berjaya mendapat Anugerah Pemain Tahunan Chelsea
- Beliau ada menyimpan pad pelindung betis yang dipakainya sejak berumur 14 tahun yang dianggap bertuah baginya namun pad itu telah hilang
- John Terry masih lagi menyimpan t-shirt yang dipakai ketika Chelsea kalah kepada penentuan penalti ketika bertemu Manchester United di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dan t-shirt itu telah disimpan di kabinet berasingan di bilik pingatnya.
Sebenarnya bnyak lagi benda yang ingin kongsikan bersama anda info menarik mengenai John Terry ney tetapi saya takut anda semua bosan jadi jika anda ingin lebih mengetahui tentang beliau ini komen sahaja dan saya akan cerita lagi.Banyak lagi info menarik tentang beliau yang kita masih belum tahu.
Jadi macam mane? Dah habis baca da? Pada entry kali ini lebih santai yelaa liga sedang berhenti rehat ney.Nanti saya akan update dari masa ke semasa mengenai perpindahan pemain ketika jendela perpindahan musim sejuk ini.Stay tuned di page ini dan banyak info yang akan anda ketahui
adioss...amigos :3

kelab china offer gaji lumayan bg perpindahan ke sana
ReplyDeletehehe China pon dah tak larat dah bayar dah bhai..anelka pon nak kna jual dah tooo
ReplyDelete