Wednesday, 19 December 2012

JENDELA PERPINDAHAN MUSIM SEJUK

ASSALAMUALAIKUM.



PRIIITTTT! KAD KUNING UNTUK ANDA! YA ANDA DI SANA..KENAPA? ERKKK HAAA SEBAB ANDA TELAH VIEW BLOG INI TANPA MENINGALKAN PESANAN..ALAA RINGAN RINGANKAN LAA TANGAN TOO UNTUK MENAIP SEDIKIT KOMEN AGAR SAYA DAPAT MENAMBAH BAIK BLOG NEY..( perhhh ayat aku skema)



 Ok seperti yang dijanjikan pada post kali ini aku akan mula mengupas isu bola sepak dan pada entry kali ini aku akan mulakan dengan bola sepak antarabangsa kerana sekarang di sana sedang hangat mengenai isu perpindahan pemain.Anda tidak percaya? yee saya tak mebongak mahupun menipu anda..


Ketika ini pengurus pasukan masing2 sudah mula membuka dompet,kad kredit, buku cek dan lain -lain untuk menandatangani pemain baru mengahadapi liga yang masih berbaki setengah musim lagi..Kenapa sekarang baru mereka kalut nak wat semua ney? huuhhh! Chillexx jangan nak emo..nk emo pg jaoh okeng! 

Ok downg mula kalut kerana pada cuti krismas ini jendela perpindahan musim sejuk akan dibukak dan tiap2 pasukan mula mencari pemain baru untuk dibeli.Seperti sedia maklum liga terhangat dan termantop yakni Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan liga tumpuan setiap kali jendela perpindahan ini berlangsung. Ketika jendela perpindahan musim lepas pasukan di EPL telah berbenlaja secara keseruluhan sebanyak 490 juta pound!! FUYYOOO! banyak toooo..

Pemain seperti Eden Hazard,Robin Ven Persie,Santa Cazorla merupakan nama besar yang berpindah pada musim panas lepas. Jadi berapakah kelab-kelab di EPL akan berbelanja?
(dari downg berbelanja baek belanja aku sejuta boleh gak aku beli lamborgini hihihi)

Kembali kepada isu jendela perpindahan..walaupun jendela perpindahan atau lebih dikenali 'Transfer Window' ini lebih hangat ketika cuti musim panas namum jendela musim sejuk ini tidak boleh dipandang remeh kerana kelab-kelab yang berbelanja besar seperti Chelsea dan Manchester City sering menjadikan jendela perpindahan ini sebagai platform bagi menajamkan lagi skuad mereka bagi menghadapi liga yang akan berlangsung selepas cuti Krismas ini.


Antara nama-nama besar pemain yang sering disebut-sebut ketika jendela perpindahan ini ialah Falcoa (Atletica Madrid),Theo Walcott (Arsenal),Gareth Bale ( Tottenham), Demba Ba ( Newcastle United ) dan banyak lagi pemain yang bakal menjadi sasaran kelab lain.

Kelab yang dikatakan bakal berbelanja besar pada kali ini ialah Chelsea yang dikhabarkan untuk mendapatkan Radamel Falcao dari kelab La Liga Atletico Madrid dengan yuran perpindahan digembar gembur kan melebihi 50juta Euro ( wahhh banyak sungguh duit Roman neyy)


Chelsea yang baru sahaja memecat pengurus nya Roberto di Matteo telah melantik pengurus sementara Rafael Benitez untuk mengendali skuad The Blues baki meneruskan saingan liga.Kehadiran Rafael diharap dapat mengembalikan sentuhan penyerang tumpul mereka Fernando Torres yang di beri jolokan 'El Nino' di mana beliau pernah bekerjasam dengan Torres ketika beliau mengendalikan Liverpool dahulu.

Dengan kehadiran Falcoa ini Roman berharap isu penyerang tidak lagi dipersoal oleh penyokong Chelsea dan diharap Torres dan mengembalikan bisanya. Ketika perpindahan musim panas lepas Chelsea mengungguli pembelian termahal dengan berberlanja besar bagi mendapatkan Eden Hazard dari Lille dengan yuran perpindahan 32juta pound serta Oscar dari Internacional (25 juta pound).

Jadi adakah Chelsea bakal mengulangi rekod tersebut?
Kena tengok la jendela perpindahan nanti.

 Konklusinya, setiap kali jendela perpindahan berlaku. Debaran pasti berlaku dan akan berlaku dua situasi dimana pengurus ingin mebeli dan pasukan bertahan dari pemainnya dibeli.



Pada entry akan datang saya akan menceritakan tentang pemain-pemain yang hangat diburu ketika jendela perpindahan musim sejuk ini...


Siapakah orangnya?
Nak tawu keee?
Tengok laa gambar di bawah ini.










Haaa inilah si mamat yang dikatakan itu... Banyak kelab nak beli dia ney. Nak tawu dia nak pindah ke tak? Nak tawu Arsenal dah taknak dye ney kee? Teror sangat ke mamat neyy?  

Jadi stay tuned dan bersua pada entry akan datang yaaaa :3


ADIOS..AMIGOS :3



No comments:

Post a Comment