Nampaknya tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya dan tahun 2013 bakal bermula.Nampaknya banyak kaki bola yang sudah menetapkan azam baru malah azam tahun lepas yang masih belum tertunai turut dibawa ke tahun 2013 untuk dilunaskan.Saya harap azam semua kaki bola dapat capai azam masing-masing.Pada post kali ini bukanlah saya nak memberi motivasi atau kata-kata semangat malah blog saya masih di landasan yang benar iaitu menceritakan tentang dunia bola sepak antarabangsa.Jadi walaupun tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya namun Liga Perdana Inggeris (EPL) masih berjalan seperti biasa malah semakin rancak dalam perebutan takhta liga.
Seperti yang dijanjikan, pada entry kali ini saya ingin menceritakan tentang bekas pasukan Big Four yang telah hilang taringnya malah nama,pencapain,piala yang dikecapi Liverpool seolah-olah hanya tinggal sejarah.Jadi mari bersama-sama saya kita lihat era kejatuhan Liverpool.
- 2008/2009
-Menang(25),Seri(11),Kalah(2)
-Prestasi di Anfield-Menang(12),Seri(7),Kalah(0)
-Prestasi di tempat lawan-Menang(13),Seri(4),Kalah(2)
Musim yang dikatakan bermulanya era kejatuhan Liverpool.Dengan menjaringkan 77 gol dan bolos 27 gol telah meletakkan Liverpool di tangga kedua liga malah Liverpool turut disingkirkan Chelsea di suku akhir Liga Juara-juara.Musim tanpa trofi di Anfield walaupun menyaksikan Steven Gerrard muncul penjaring terbanyak kelab dengan 16 gol di liga
- 2009/2010
-Menduduki tempat ketujuh liga
-Menang(18),Seri(9),Kalah(11)
-Prestasi di Anfield-Menang(13),Seri(3),Kalah(3)
-Prestasi di laman lawan-Menang(5),Seri(3),Kalah(11)
Jumlah jaringan dan kemenangan yang merosot telah menjadi satu faktor Liverpool gagal menamatkan liga di posisi 4 teratas.Dengan hanya menjaringkan 61 gol di liga di mana 18 daripadanya di sumbangkan Fernando Torres tidak mampu membantu Liverpool untuk menamtkan liga di tempat yang lebih tinggi malah The Kop turut gagal melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-juara dan tewas di separuh akhir Liga Europa.
- 2010/2011
-Menang(12),Seri(7),Kalah(14)
-Prestasi di Anfield-Menang(12),Seri(4),Kalah(3)
-Prestasi di laman lawan-Menang(5),Seri(3),Kalah(11)
Satu lagi musim yang buruk kepada Liverpool,dengan kemasukan pengurus baru Roy Hodgson pada 1 Julai 2010 ketika liga baru bermula bagi menggantikan Rafa Benitez yang dipecat namun Roy Hodgson turut gagal membawa kejayaan di Anfield sebelum dipecat pada Januari 2011.Bekas pemain yang menjadi lagenda di Anfield,Kenny Dalgish dilantik sebagai pengurus untuk baki musim.Peningkatan bolos 9 gol di tempat lawan amat mengecewakan apabila mereka hanya mampu menang 5 kali di laman lawan.Malah mereka turut gagal mengekalkakn rekod tanpa kalah di Anfield seperti yang mereka lakukan pada musim 2008/2009.Selain itu pada musim ini turut berlakunya penjualan Fernando Torres kepada Chelsea sebanyak 50 juta Euro dan kemasukan Luiz Suarez dan Andy Carroll pada perpindahan bulan Januari.
- 2011/2012
-Menang(14),Seri(10),Kalah(14)
-Prestasi di Anfield-Menang(6),Seri(9),Kalah(4)
-Prestasi di laman lawan-Menang(8),Seri(1),Kalah(10)
Sepanjang berlangsungnya liga,The Reds hanya mampu menjaringkan 47 gol, dibandingkan dengan Manchester City yang memenangi liga menerusi 93 jaringan gol.Dengan angka yang merosot setiap musim,banyak yang perlu dibuktikan Liverpool pada musim ini.Kejayaan Piala Carling tidak dapat menjadi penawar kepada musim yang mengecewakan.Bukan sahaja mereka hanya menduduki tangga kelapan liga malah mereka turur tidak mengambil sebarang bahagian dalam kejohonan Eropah.
- 2012/2013
Macam mana? adakah entry saya kali ini cukup memuaskan anda? jika ada pertambahan ataupun kesalahan fakta boleh la kita sama-sama berkongsi di laman komen di bawah.di samping itu di kesempatan ini saya turut ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua blogger dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat blog ini dan saya akan menaik taraf serta memuaskan dari segi penulisan dari masa ke semasa.Stay tuned di pages ini
Adios..amigoss.. :3





