Sunday, 30 December 2012

Bedilan The Gunners!!

Assalamualikum kaki bola....


Moshi-moshi..Pekabo anda semua..Sihatkah? Tengok bola semalam? Big Team sume menang semalam tau.Ok pada entry kali ini tampa membebel panjang saya nak ceritakan tentang salah satu team dalam kalangan Big Fout tersebut.Team apakah?


  Jadi entry saya kali ini khas untuk semua peminat The Gunners.Ya, Arsenal.Apa yang speselnye Arsenal ney? Arsenal merupakan salah sebuah team dari London dan merupakan sebuah pasukan yang mempunyai peminat yang ramai dari seluruh pelusuk dunia tetapi pada kali ini bukanlah saya nak menceritakan tentang sejarah kelab ini mahupun menceritakan tentang pemain pemain dalam kelab ini.Mungkin pada edisi yang akan datang saya akan buat edisi khas untik arsenal di mana saya akan menceritakan tentang sejarah dan fakta menarik mengenai Arsenal.Jadi tanpa membuang masa saya teruskan kepada matlamat entry kali ini di mana pada post kali ini saya ingin mengupas tentang isu 'Ketumpulan barisan hadapan Arsenal selepas perginya Robin Ven Persie'.

  Seperti yang kita sedia maklum,Robin Van Persie (RVP) telah berpindah meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lepas di mana beliau kini telah menyarung jersi pasukan The Red Devils.Jadi selepas pemergian RVP peminat Arsenal mulai gusar mengenai barisan hadapan pasukan Arsenal kerana umum mengetahui ketajaman RVP di depan gawang dan ini telah dibuktikan dengan 20 jaringan RVP kepada Arsenal pada musim lepas dan ketika RVP mengumumkan ingin keluar dari Arsenal semua peminat Arsenal seakan akan tidak percaya pemain yang berumur 27 tahun tersebut sanggup meniggalkan Arsenal malah telah setuju untuk menyertai musuh mereka Manchester United.

  Pengurus Arsenal, Arsene Wenger turut menyuarakan kekecewaan beliau kerana tidak dapat mengekalkan RVP dan masalah kini adakah Arsene Wenger telah jumpa pengganti yang sesuai uintuk menggantikan ketajaman RVP di depan gawang gol pihak lawan.Jawapannya ya! Selepas berbelanja sakan pada jendela musim lepas dengan memasukkan tiga pemain baridan hadapan, Wenger berharap mereka mampu menemui gandingan yang sempurna untuk menggantikan RVP.Dua perlawan awal liga ketika di awal musim mendatangkan gusar dalam kalangan peminat Arsenal di mana Arsenal seri kedua dua perlawanan tersebiut dan ini menunjukkan ketumpulan barisan hadapan Arsenal.

  Namun kini isu penyudah Arsenal seolah olah telah lupus dari minda peminat Arsenal. Kenapa? Ini kerana setelah seri dengan Everton dan tewas kepada Swansea pada perlawana liga awal bulan Dismember lepas,pemain-pemain Arsenal seolah olah mengamuk di mana telah meneruskan rentetan kemenagan kepada 4 kali berturut-turut.Pemain lincah Arsenal yang baru ditandatangani dengan harga 16.5juta euro dari Malaga,Santa Cazorla menunjukkan ketajaman dan kelincahannya di barisan hadapan malah Lukas Podolski menunjukkan ketajamannya dengan jaringan gol yang membantu kemenangan Arsenal serta pemain yang hangat dengan isu lanjutan kontraknya,Theo Walcott seolah-olah langsung tidak dipengarihi dengan isu tersebut malah menjaringakan hatrik semalam ketika Arsenal membenam Newcastle United 7-3.


  Dengan kemasukan Oliver Giroud,Lukas Podolski,Santi Cazorla, Skuad The Gunners merupakan skuad yang mempunyai barisan hadapan yang sangat utuh malah skuad Arsenal turut di bantu dengan pemain muda mereka yang lincah seperti Walcott.Wishere dan Alex Oxlade-Chamberlaine yang sering mengkucarkacirkan barisan pertahanan pihak lawan dengan kepantasan serta hantaran mereka yang pantas dan tepat.Di harap penyokong Arsenal terus menyokong skuad The Gunners malah isu barisan penyerang kini telah selesai

  Dah habis baca dah? Arsenal ney sebenarnya pasukan yang kuat kan? lepas ney saya nak cerita pasal Liverpool pulak.Ada peminat Liverpool tak kat sini ? jadi tunggu post saya lepas ini ya! stay tuned.

adios..amigoss :3


4 comments:

  1. tu dioooo!
    gila bola habis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan gila bola..kaki bola :)
      terima kasih sudi singgah :)

      Delete
  2. gunners.. selalu dengar gak
    btw,jom baca cerpen terakhir 2012..http://www.nurinaizzati.com/2012/12/cerpen-hadirnya-dia-bersama-semangat.html

    ReplyDelete