Assalamualaikum semua kaki bola...
Kite berjumpa lagi di blog saya hehe..ok seperti yang dijanjikan..saya akan menceritakan tentang pemain terhangat Arsenal ketika ini yakni Theo Walcott..post saye sebelum ney mengenai jendela perpindahan macam mane? anda paham? kalau anda nak tahu dengan lebih mendalam..komen jee..saya akan try sedaya upaya untuk menceritakan dengan lebih mendalam ok :) hehe baek jugak aku ney..
Ok tanpa membuang masa..seperti yang dijanjikan..pemain yang akan kita bincangkan pada kali ini ialah Theo Walcott
Sebelum itu meh sini saya ceritakan serba sedikit tentang pemain ini..Theo Walcott ataupun nama penuhnya
Theo James Walcott dilahirkan di London pada 16.03.1989(umur die korang kire seniri la ek hehe ) memulakan karier nye di kelab England, Souphamton sebelum disambar The Gunners pada 20.01.2006.Pemain berkaki kanan ini boleh bermain di posisi sayap kiri dan kanan serta mampu menjadi penyerang tengah.Berketinggian 175m menjadikan beliau seorang pemain sayap yang fleksibel dalam kawalan bola serta mampu mengawal bola dengan kemas.Pemain pertahanan yang berhadapan dengan beliau sering kali berhadapan dengan masalah dalam mengatasi kepantasannya walaupun beliau bersusuk fizikal agak kecil. Pemain ini pertama kali mewakili England ketika mengangotai skuad England bawah 16 dan menjaringkan gol pertama nya ketika mewakili skuad England bawah 21.
Anda nak tahu lebih lanjut pasal Theo Walcott? hehe dah la too sikit2..sebab saya nak cerita pasal isu perpindahan dia,,nanti di lain entry saya akan menceritakan dengan lebih lanjut mengenai profile beliau okeng?
Pemain ini dianggarkan bernilai 16juta pound dan bakal tamat kontraknya dengan Arsenal pada 30.06.2013 iaitu pada jendela perpindahan musi panas depan..yang menjadi isu nya ialah Theo Walcott masih belum menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal. Media menguar-uarkan isu tuntutan gaji merupakan faktor Walcott masih belum menandatangani kontrak bersama Arsenal.Ini telah menarik minat dari banyak kelab untuk menyambar beliau dari Arsenal.(yalaa pemain yang teror mcm dia sapa taknak..kalau Offer kt Kedah pon kedah nak)..Pemain ini yang menjaringkan kan 1 gol ketika Arsenal menewaskan Reading 5-2 dikatakan tidak setuju dengan terma gaji sedia ada.Ini telah menarik minat kelab-kelab yang berpoket tebal seperti Chelsea dan Man. City intuk mendapatkan beliau. Arsene Wenger dalam proses memujuk beliau untuk menandatangani kontrak lanjutan dengan Arsenal kerana jika beliau tidak tandatangani kontrak tersebut Arsene Wenger terpaksa menjual nya kepada kelab lain sebelum kontrak nya tamat tahun hadapan. Theo Walcott telah menarik minat banyak kelab malah dikatakan kelab juara Itali,Juventus turut berminat untuk mendapatakan beliau serta kelab kaya Man City yang memang meminati keupayaan Theo Walcott yang pernah berpasangan dengan pemain sayap mereka Samir Nasri.
Kelab London utara, Chelsea dilaporkan sedia menawarkan gaji yang dituntut Walcott dan ini telah menambahkan rungsing si Arsene Wenger.Adakah Arsenal bakal terlepas seorang lagi bintang kepada jiran liga selepas menjual Persie ke Man.United? Sehingga saat ini perbincangan masih dijalankan dan peminat- peminat Arsenal menggesa beliau menandatangani kontrak tersebut.
Heheh anda rasa macam mana? si Walcott ney nak sign ke tak kontrak haaa? kepada peminat Arsenal bawak2 laa besabar yee mintak2 die sugn..aku lak peminat Chelsea hehe kalau die sign ngan Chelsea bagos gak ney hehe teror mamat ney..
Jadi itu sahajalah coretan pada kali ini dan kita akan berjumpa lagi pada entry yang akan datang..nak tawu siapa pulak yang sedang hangat diperkatakan akan berpindah musim sejuk ini? tunggu entry saya yang akan datang yaaa :) have a nice day :)
adios..amigos :3

Saya rasa si Walcott tu sign dengan Arsenal sebab arsenal lagi hebak dari chelsea :-P
ReplyDeleteehh ehh ney pehal ekkk...kite same2 chelsea okeeeeeeee :3
ReplyDeleteMana ada. saya suka Arsenal tau.
Delete